Monday, June 29, 2009

Kelas Gitar

Cakap Rakyat Group (CRG) akan memulakan kelas gitar pada Julai 2009.

Kelas gitar ini fokus kepada "Gitar Akustik" atau lebih mesra dengan penggilan "gitar tong".

Antara yang boleh dipelajari dari kelas gitar CRG ialah:

1) Basic

2) Chords

3) Chords Progession

4) finger-picking

5) plucking patern

6) Strumming patern

7) menyanyi/mencipta lagu

8) solo gitar

Guru yang akan mengajar:

Meor Yusof Aziddin (Meor) seorang penyanyi dan pencipta lagu folk yang tidak asing lagi.


Waktu Kelas Gitar CRG

Isnin - Jumaat: 8 malam - 10.30 malam

Sabtu-Ahad: 10 pagi - 1 tengah hari


Bayaran pendaftaran: RM 20

Yuran bulanan: RM 120.00

Setiap sessi: 45 minit (seminggu sekali)

Yuran bulanan perlu dibayar setiap awal bulan (1hb-7hb)

ANDA PERLU MEMBAWA GITAR SENDIRI

Untuk pertanyaan lanjut, sila sms Meor di +6012-590-1798 atau email Amin Iskandar di amin@aminiskandar.com.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Amin Iskandar di amin@aminiskandar.com.









Malam Seni Rakyat, 4 Julai 2009




Jangan lupa.
Sila bawa anak, isteri, teman, saudara-mara dan sesiapa sahaja.
Jangan lepaskan peluang untuk berhibur sambil mendengar mesej-mesej dari karyawan rakyat!




Wednesday, June 17, 2009

Cakap Rakyat Group di Bagan Datoh 26 Jun..


Meor dan KulupSakah dari CAKAP RAKYAT GROUP akan perform di Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak 26 Jun 2009..(klik poster untuk pembesaran imej)
peserta lain: kroni-kroni belaka...
MEOR akan pastinya menyanyikan lagu yang semakin hits masa kini biarpun album masih dalam pembikinan..
KulupSakah bikin apa?....tungguuu!!

ISA

Sunday, June 14, 2009

Elizabeth Wong terpaksa batalkan untuk hadir dan buat persembahan di Malam Seni Rakyat 4 Julai 2009

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk membuat persembahan pada Malam Seni Rakyat 4 Julai 2009 terpaksa membatalkan hasratnya oleh kerana terdapat komitmen lain yang lebih penting.

Tak mengapa, Cakap Rakyat Group memahami kesibukan tugasan beliau sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Diharapkan dalam program Cakap Rakyat Group akan datang, Eli dapat bersama-sama untuk membuat persembahan.

Saturday, June 13, 2009

Eli Wong perform di MALAM SENI RAKYAT Kajang 4 Julai ni?

aksi menarik dari YB Eli!


Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan hari ini setuju untuk membuat persembahan di MALAM SENI RAKYAT kat Kajang 4 julai nanti.


Beliau yang memang berkebolehan bermain alat muzik seperti gitar dan biola setuju untuk menjayakan program ni. nampaknya beliau meminta Black dan kawan-kawan mengiringi persembahannya.

Apa lagu yang akan dibawakannya?


Wow! Hebatt!! Tetapi "Dia" yang aku maksudkan dalam entry sebelum ini yang akan join program ni bukan Eli, ada seorang lagi!


huh! Misterinya...

Thursday, June 11, 2009

Malam Seni Rakyat 4 Julai 2009

Persiapan sedang dijalankan untuk menjayakan program Malam Seni Rakyat pada 4 Julai 2009 ini.

Terima kasih kepada teman-teman yang membantu mempromosikan program yang akan berlansung kurang sebulan dari sekarang.

Diharapkan program ini akan mendapat sambutan agar dapat terus diadakan di seluruh negara.

Terima kasih sekali lagi dari Cakap Rakyat Group!





Monday, June 8, 2009

dijangka percuma: MALAM SENI RAKYAT di KAJANG 4 julai ini!


pihak kami sedang berusaha untuk menjadikan program ini dibuka secara percuma. Doakan berjaya!


Cuma anda digalakkan menyumbang seikhlas mungkin untuk dana album MEOR- Dari Rakyat Uuntuk Rakyat!
tak kiralah RM1 ke atau RM100 pun boleh, lagi banyak lagilah anda mencipta sejarah hahaha!!

*pss..pss.. dijangka juga ada sesuatu yang eksklusif pada malam itu. "Dia" pun ada! Siapa? Aha! Blogger MatSaman Kati dari Blogger Network (Perak) janji nak turun! Mungkin geng2 dia pun join!.
itu seorang, ada lagi yang popular satu Malaya. The One and Only! Siapa??
Tungguu................ (kalau korang sangka CT terus terang cakap- Bukanlah!)

Friday, June 5, 2009

malam seni rakyat Kajang 4 julai!






Wednesday, June 3, 2009

MALAM SENI RAKYAT di KAJANG!

SABTU 4 jULAI 2009
9 MALAM
di DEWAN CEMPAKA, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
(belakang stadium Kajang berhampiran Medan sate Kajang dan Sate Hj Samuri)

MALAM SENI RAKYAT

ANJURAN CAKAP RAKYAT GROUP
dan
pejabat ADUN KAJANG

ARTIS:

Nikbinjidan (Awasi Iwan Fals Malaysia ini walaupun dia tak menggemari gelaran itu)

MEI CHERN
RAHMAT HARON


PYANHABIB



stand up comedy oleh HISHAMUDDIN RAIS (Tukar Tiub)



BLACK



MEOR PESTAJIWA

TETAMU ISTIMEWA: A. SAMAD SAID
Tiada miming, minus one mahu pun karaoke.. tiada cover version. Semuanya karya sendiri dan kawan-kawan dari rakyat untuk rakyat. Semuanya 'live' kerana live itu HIDUP!

Apakah tiket RM15 terlalu mahal untuk sebuah persembahan seistimewa ini?
tunggu pengumuman lanjut...